Sunday, June 6, 2010

tah apa2

2010/06/06

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) percaya jumlah majikan yang gagal mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pekerja mereka lebih tinggi jika diambil kira bilangan pengusaha atau peniaga kecil yang langsung tidak mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Jumlah itu termasuk peniaga pasar malam, pengusaha kedai makan, pemilik peruncit dan pengusaha bengkel yang mempunyai bilangan pekerja antara satu hingga lima orang tetapi tidak diberi penerangan tepat mengenai tanggungjawab mereka untuk mencarum.
Mengikut arahan PERKESO, setiap majikan diwajibkan mencarum walaupun hanya mempunyai seorang pekerja.
Presiden MEF, Samsudin Bardan, berkata golongan itu yang dikategorikan sebagai majikan kecil sepatutnya diberi penerangan lebih tepat bagi memudahkan mereka mencarum kerana kebanyakan mereka berpendapat hanya syarikat berdaftar dengan SSM wajib mencarum.

Katanya, berdasarkan rekod Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO, terdapat lebih 800,000 syarikat di Malaysia tetapi dianggarkan hanya 450,000 saja yang menunaikan kewajipan melindungi pekerja mereka.

“Kebanyakan majikan kecil tidak tahu mengenai urusan wajib mencarum dengan PERKESO. Contohnya, pemilik kios di pusat beli belah, sudah tentu mereka mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja, tetapi saya percaya ramai yang tidak mencarum.

“Jika berlaku kemalangan di tempat kerja atau ketika dalam perjalanan, pekerja akan mendapat masalah kerana tidak dilindungi PERKESO. Mereka perlu mendapat maklumat tepat dan jelas,” katanya ketika dihubungi di Geneva, Switzerland, semalam.
Beliau mengulas laporan Berita Minggu yang mendedahkan PERKESO memburu 300,000 majikan yang gagal atau langsung tidak mencarum pekerja mereka melalui 'Ops Kesan' yang dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara mulai Selasa lalu.

Senarai majikan degil itu diperoleh Perkeso berdasarkan maklumat terkini syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga akhir 2009 dan ketika ini hanya 324,000 majikan di seluruh negara dikategorikan pencarum aktif, membabitkan 5.6 juta pekerja.

Samsudin berkata, jumlah 300,000 itu dianggap terlalu besar kerana sebahagian daripada majikan berkenaan tidak aktif tetapi pada masa sama meminta PERKESO menjalankan operasi penerangan menyeluruh kepada semua majikan termasuk yang tidak berdaftar dengan SSM.

Beliau turut mencadangkan, setiap pejabat SSM perlu menyediakan kaunter khas untuk KWSP dan PERKESO bagi memberi penerangan terus kepada majikan yang baru mendaftar atau menyambung lesen perniagaan mereka.


0 comments: